selamat datang ke perkasa2u


Joe salahkan doktor Michael
July 22, 2009, 4:14 am
Filed under: Uncategorized | Tags: ,

MISTERI...sehingga kini belum dipastikan punca sebenar <br>kematian mengejut Michael.
MISTERI…sehingga kini belum dipastikan punca sebenar
kematian mengejut Michael.

 

LOS ANGELES: Bapa Michael Jackson, Joe, berkata dia yakin doktor peribadi yang menjaga hal ehwal kesihatan anaknya mungkin terbabit dalam kematian Raja Pop itu.

Muncul dalam rancangan Larry King Live malam kelmarin, Joe berkata, dia sukar mempercayai bahawa Michael kini sudah tiada.

“Doktor peribadi memberi Michael sesuatu supaya dia boleh berehat, tetapi kemudian dia langsung tidak sedarkan diri selepas itu.

“Ada sesuatu yang tak kena di situ,” katanya.

 

 
 

Kenyataan Joe dibuat secara langsung merujuk kepada Dr Conrad Murray yang menjadi doktor peribadi Michael.

 

Cubaan mengesan Dr Murray gagal, manakala pesanan melalui peguamnya, Edward Chernoff, tidak mendapat reaksi setakat ini.

Keluarga Michael masih menunggu laporan toksikologi daripada koroner bagi mengesahkan punca kematian penyanyi berusia 50 tahun itu.

Laporan berkenaan dijangka dikeluarkan minggu depan.

Sumber yang boleh dipercayai berkata, penyiasat mendapatkan waran geledah dan merampas beberapa botol ubat pelali berkeupayaan tinggi dari rumah Michael.

Joe berkata, selepas Michael disahkan mati pada 25 Jun lalu, pelbagai pihak gagal mengesan Dr Murray.

“Doktor ini melarikan diri dan pihak berkuasa hanya menemuinya tiga hari kemudian.

“Pada tanggapan saya, ada unsur khianat di situ,” katanya.

Polis menyoal siasat Dr Murray dua hari selepas Michael mati.

Walaupun pihak berkuasa tidak menganggap dia sebagai suspek, ahli kardiologi itu adalah individu utama dalam siasatan polis kerana berada di kediaman Michael ketika Raja Pop itu menghembuskan nafas terakhirnya.

Dr Murray juga dilaporkan cuba menyelamatkan Michael sejurus dia tidak sedarkan diri apabila jantungnya berhenti berfungsi.

Kereta Dr Murray juga disita kerana polis percaya ia mengandungi ubat atau bukti lain.

Sementara itu, Joe berkata, dia tidak tahu di mana mayat Michael disimpan.

“Saya juga tidak melihat laporan autopsi kedua yang dibuat atas permintaan keluarga,” katanya.


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: