selamat datang ke perkasa2u


Jessica Simpson ditinggalkan kekasih
July 22, 2009, 7:10 pm
Filed under: Uncategorized | Tags: , ,

Jessica Simpson ditinggalkan kekasih


Jessica Simpson bersama Tony Romo.

LOS ANGELES: Gara-gara terlalu kerap mendesak agar segera mengikat tali pertunangan, penyanyi dan pelakon Jessica Simpson akhirnya ditinggalkan kekasih beliau pemain bola Amerika Tony Romo.

Jessica dilapor menyebabkan Tony naik radang dan bertindak memutuskan perhubungan mereka pada malam sambutan hari jadi yang ke-29 penyanyi itu awal bulan ini.

Sumber yang rapat dengan Jessica memberitahu majalah hiburan Britain, Star, bahawa Tony menganggap dirinya belum bersedia mengahwini Jessica lalu mengambil keputusan mengakhiri hubungan mereka.
“Jessica terlalu berharap hubungan mereka dapat dirasmikan dengan mengikat tali pertunangan, sehingga beliau hanya membicarakan mengenai perkara itu setiap kali bertemu Tony. Dia asyik bercakap mengenai keinginannya untuk membeli dan memakai cincin pertunangan dan berkahwin, walaupun di khalayak ramai,” kata sumber itu yang dipetik majalah berkenaan.

Majalah itu berkata, Jessica menyangka pertunangan mereka dapat dilangsungkan pada sambutan Krismas lalu, tetapi Tony tidak bersedia.’

“Selepas itu Jessica berharap ia dapat disempurnakan pada malam tahun baru tetapi apabila tiada tanda Tony bersedia bertunang dengannya pada sambutan Hari Valentine, hubungan mereka menjadi tegang.

“Pada malam sebelum sambutan hari lahirnya yang ke-29, Tony memberi amaran kepada Jessica bahawa beliau tidak bersedia membeli cincin atau menjalin pertunangan dengannya. Mereka bergaduh besar dan Tony bertindak memutuskan pertunangan,” kata majalah itu lagi.

Sejurus selepas hubungan mereka putus, Jessica kembali ke rumah ibunya Tina Simpson di Los Angeles untuk mendapatkan nasihat dan bertenang.

Tony bagaimanapun dilihat bersuka ria bersama rakannya di beberapa kelab malam di Los Angeles termasuk kelab malam terkenal MyHouse dan Key Club.


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: