selamat datang ke perkasa2u


Jatuh tingkat 14

 

 

 

SHAH ALAM: Kematian Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, menimbulkan tanda tanya sama ada dia membunuh diri dengan terjun dipercayai dari tingkat 14 Plaza Masalam, Seksyen 9 di sini atau mempunyai unsur jenayah.

Mangsa, Teoh Beng Hock, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan itu pada jam 1.30 tengah hari semalam, selepas selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat agensi itu di tingkat 14.

Difahamkan, si mati bersama beberapa pembantu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Exco Selangor dipanggil ke pejabat SPRM itu bagi membantu siasatan berhubung kes dakwaan penyelewengan peruntukan kepada wakil rakyat Selangor.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul, berkata Teoh saksi dalam kes itu dan dia dipanggil ke pejabat SPRM Selangor pada jam 5 petang kelmarin bagi membantu siasatan dan rakaman percakapannya selesai jam 3.45 pagi semalam sebelum dibenarkan pulang.

 

Bagaimanapun, katanya, saksi berkenaan memberitahu dia kepenatan, menyebabkan pegawai SPRM membenarkannya berehat di pejabat agensi berkenaan sebelum dibenarkan tidur di bilik tetamu.

 

“Kira-kira jam 6 pagi, pegawai kita melihat dia masih lagi tidur di situ (bilik tetamu), manakala beberapa pegawai SPRM berada di bilik masing-masing untuk berehat.

“Bagaimanapun, selepas itu pegawai kita tak lagi nampak dia sebelum diberitahu ada satu mayat ditemui di tingkat lima,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Menurut Mohd Shukri, sejurus kemudian, seorang pegawai SPRM membuat pemeriksaan di tingkat lima sebelum mengesahkan lelaki terbabit seorang daripada saksi yang dipanggil memberi keterangan.

“Berikutan itu, pegawai SPRM terbabit membuat satu laporan polis dan kita menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kejadian ini,” katanya.

Ditanya rasional siasatan yang dijalankan ke atas si mati begitu lama, Mohd Shukri berkata, ia prosedur biasa dan pegawai SPRM biasanya akan merekod keterangan sehingga habis.

“Lapan hingga sembilan jam… adalah perkara normal bagi SPRM untuk ambil keterangan.

“Dalam kes ini, mangsa turut berjanji akan datang hari ini (semalam) bagi menyerahkan beberapa dokumen lagi kepada kami.

“Ingin saya jelaskan, dia saksi dalam kes ini, dan bukan tertuduh,” katanya yang menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes itu.

Mohd Shukri berkata, setakat ini belum ada sesiapa mengaku mengetahui kejadian itu, manakala bangunan berkenaan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV), sekali gus menyukarkan pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan.

“Tak ada orang nampak kejadian ini dan kita dapat tahu jam 1.30 (tengah hari). Itupun kerana ada orang jerit di bawah,” katanya yang enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu berikutan bimbang ia boleh mengganggu siasatan polis.

Akhbar semalam melaporkan SPRM menyerbu pejabat Yong bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan kerajaan negeri.

Dalam serbuan itu, SPRM merampas satu unit komputer riba dan unit pemprosesan data (CPU) dari pejabat Pengerusi DAP Selangor itu yang terletak di tingkat 15, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Yong yang juga Adun Seri Kembangan antara tujuh Adun dan Exco kerajaan negeri disiasat SPRM berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan kerajaan negeri disalur menerusi Pejabat Daerah Petaling.

Selain Yong, enam lagi Adun Pakatan Rakyat yang disiasat ialah Teresa Kok (DAP-Kinrara), Elizabeth Wong (PKR-Bukit Lanjan); Hannah Yeoh (DAP-Subang Jaya); Dr Cheah Wing Wah (DAP-Damansara Utama); Edward Lee (DAP-Bukit Gasing) dan Lau Weng San (DAP-Bukit Tunku)

tips memikat wanita

 


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: