selamat datang ke perkasa2u


Lihat wanita tergantung

ARAU – Keseronokan 32 pelajar yang menyertai perkhemahan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bertukar ngeri ekoran terlihat kelibat seorang wanita tergantung sehingga menyebabkan lima daripada mereka diserang histeria.

Itulah dakwaan lima pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin yang diserang histeria ketika menyertai latihan tersebut di Bukit Ayer dekat Padang Besar Sabtu lalu.

Akibatnya, pihak sekolah terpaksa membawa pulang kesemua pelajar itu namun kelibat wanita itu didakwa terus mengikut pelajar terbabit ke sekolah menyebabkan 11 pelajar lain diserang histeria mulai petang kelmarin.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat berkata, sehingga semalam sembilan pelajar lagi diserang histeria pada pukul 10 pagi.

“Pelajar yang diserang itu meracau sambil menjerit mendakwa melihat kelibat gadis itu.

“Setelah gagal mententeramkan mereka, kami terpaksa memanggil pengamal perubatan tradisional dan keadaan mereka terkawal sejam kemudian,” katanya semalam.

Jelasnya, tujuan pelajar berkenaan mengikuti perkhemahan di Bukit Ayer itu sebagai persiapan menyertai pertandingan perbarisan anggota kadet JPAM sekolah itu di Melaka bulan depan.

tips tahan lama


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: