selamat datang ke perkasa2u


Kos peringatan michael jackson RM4.9j
July 10, 2009, 12:27 pm
Filed under: Uncategorized | Tags: , , ,

Bandar raya ini membelanjakan sebanyak AS$1.4 juta (RM4.9 juta) bagi menyediakan kawalan keselamatan, lalu lintas dan perkhidmatan lain semasa upacara penghormatan Michael Jackson di Staples Center pada Selasa lalu.

Menurut kenyataan Jabatan Polis, jumlah tersebut termasuk AS$1.1 juta (RM3.85 juta) kos kerja lebih masa kepada 4,173 pegawai yang bertugas bagi mengawasi keselamatan di arena sukan Staples Center, tanah perkuburan Forest Lawn serta lokasi-lokasi lain yang dibanjiri peminat Raja Pop itu serta pengamal media.

Pegawai bandar raya berkata, baki jumlah itu digunakan untuk menampung bayaran kawalan lalu lintas, kerja-kerja pembersihan dan kos lain yang berkaitan dengan upacara pengebumian dan penghormatan itu, yang dihadiri lebih 17,000 peminat dan ditonton beratus-ratus juta penduduk dunia melalui Internet.

Matt Szabo, jurucakap kepada Datuk Bandar Antonio Villaraigosa menyifatkan jumlah tersebut sebagai satu kejayaan kerana ia ‘jauh lebih kecil’ berbanding anggaran asal sebanyak AS$4 juta (RM14 juta).

Bagaimanapun peguam bandar raya, Carmen Trutanich berkata, pihaknya akan menyiasat bagaimana Los Angeles boleh mendesak pihak ketiga membayar sebahagian daripada kos upacara tersebut, dan satu laporan mengenai perkara itu akan dihantar kepada Majlis Bandar Raya Los Angeles esok.

Selain menerima sumbangan peribadi, Los Angeles dilapor telah mewujudkan satu laman web yang meminta peminat Jackson menderma melalui kad kredit, PayPal atau cek bagi membiayai majlis tersebut.

Szabo dalam satu kenyataan berkata, peminat Jackson telah menderma sejumlah AS$17,000 (RM59,500), namun sumbangan itu tergendala ekoran masalah teknikal.

Pengendali Staples Center, AEG Live yang juga penganjur konsert Jackson yang dijadual diadakan di London mulai bulan ini, tidak menyumbang untuk upacara peringatan penghibur itu.

Upacara penghormatan untuk Jackson merupakan majlis kedua melibatkan kos yang tinggi ketika Los Angeles berdepan hutang kira-kira AS$500 juta (RM1.75 bilion), selain masalah pemberhentian pekerja.

Satu perarakan meraikan kemenangan pasukan bola keranjang Los Angeles Lakers pada bulan lalu menelan belanja AS$2 juta (RM7 juta).

tips memikat wanita


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: