selamat datang ke perkasa2u


Barca mahu jual Eto’o demi Fabregas
July 10, 2009, 12:31 pm
Filed under: Uncategorized | Tags: , , , , ,

Barcelona begitu terdesak untuk menjual penyerang Samuel Eto’o ke Manchester City demi menampung perbelanjaan untuk membawa masuk pemain tengah, Cesc Fabregas dari Arsenal.

Menurut The Daily Star, Barca sanggup melepaskan Eto’o ke Eastlands pada harga 29 juta euro (RM144.5 juta) tetapi mereka belum pasti perancangan masa depan pemain kelahiran Cameroon itu.

Pep Guardiola dilaporkan mahu memperkukuhkan bahagian tengah Barca menjelang kempen musim depan.

Setakat ini, Fabregas menjadi keutamaan Barca namun minat Real Madrid terhadap kapten Arsenal itu mengejutkan The Blaugrana yang mahu mendapatkan kembali khidmatnya.

“Guardiola mahu mendapatkan khidmat salah seorang pemain tengah secepat mungkin. Kami yakin akan membawa masuk sasaran utama kelab dan semua pihak tahu siapa yang menjadi buruan kami. Mereka sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke Nou Camp,” kata Naib Presiden Barcelona, Jaume Ferrer.

Barca perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak 46 juta euro (RM229.1 juta) untuk menyempurnakan perpindahan Fabregas.

Arsenal mungkin mahu Yaya Toure sebagai pertukaran tetapi kelab Catalan itu tidak bersetuju dengan permintaan berkenaan memandangkan dia baru saja memperbaharui kontrak bersama Barca.

tips mengatasi pancutan pramatang(klimaks terlalu awal)


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: