selamat datang ke perkasa2u


Apek bukti anak seni sejati
July 10, 2009, 12:41 pm
Filed under: Uncategorized | Tags: , , , , ,

Bermula sebagai pelawak, kemudian menceburkan diri dalam bidang lakonan, seterusnya mengembangkan lagi bakat seninya dalam bidang pengacaraan dan juga penyampai radio membuktikan anak kelahiran Pulau Mutiara ini adalah seseorang yang berbakat besar.

Bakat Saiful Azam Mohammed Yusoff atau popular dengan nama Saiful Apek tidak dinafikan apabila terlibat pula sebagai penerbit, pengarah serta turut ingin dikenali sebagai pemuzik dan terbaru sebagai penyanyi. Terbaru, kelahiran albumnya yang berjudul ‘Saifulapek dan Famili’ melengkapkan resume Saiful Apek sebagai anak seni sejati.

Album yang dimuatkan dengan 6 lagu membuktikan Saiful Apek sebagai seorang berdarah seni dan berjaya merealisasikan cita-citanya untuk berkongsi kejayaan selama 15 tahun.

”Sejak 2001, saya sudah merancang untuk membuat album ini. Apa yang melambatkan niat saya itu adalah kerana saya membuat macam-macam benda. Saya akui lebih mengutamakan lakonan berbentuk komedi,” katanya pada majlis pelancaran Album Saifulapek dan Famili serta portal interaktif http://www.saifulapek.com.my di Borneo Baruk Club, Kuala Lumpur.

Dalam album ini, Saiful Apek membuat kolaborasi dengan ramai artis seperti Yassin Yahya, Bob Kuman, CD Naz, Kumpulan D’Adza, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak, Mie Raja Lawak dan Diarra.

Mereka rata-ratanya adalah rakan-rakan seangkatan Saifulapek dalam industri hiburan dan ini turut menjelaskan nama albumnya, ‘Saifulapek dan Famili’.

Kelainan

Saiful Apek yang memiliki nada suara serak basah berkata, dia memilih sendiri komposer-komposer hebat seperti Azmeer, Miss 3, Daly Ahli Fiqir dan AJ Pop Shuvit untuk menghasilkan lagu-lagu berkualiti.

”Memandangkan tidak semua lagu di dalamnya berkonsepkan komedi, lagu-lagu album ‘Saifulapek dan Famili’ menjanjikan sesuatu kelainan dari segi genre, gubahan muzik, lirik serta pelbagai penyanyi.

”Penantian hampir lapan tahun adalah satu penyeksaan. Bagaimanapun, saya tak nak tangkap muat sahaja (pilih lagu untuk membuat album),” kata Saiful Apek sambil menambah dia telah membelanjakan hampir RM30 ribu untuk menghasilkan album tersebut.

Mengenai perancangan mengeluarkan album solo, Saiful Apek berkata, dia ingin mengeluarkannya dalam masa terdekat.

”Sebenarnya saya ingin meletakkan lagu ‘Joget Ikutkan Hati’ dalam album solo saya nanti. Bagaimanapun, saya letakkannya dalam album terbaru ini untuk dijadikan sekuel album solo saya kelak,” kata Saiful Apek.

Menerusi portal http://www.saifulapek.com.my, para peminat berpeluang bersembang dengannya di laman-laman sembang yang dipanggil Warung Mak Ton, Balairaya, Kaki Tembok dan Jeti.

isteri klimaks berkali-kali


Leave a Comment so far
Leave a comment



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s



%d bloggers like this: