selamat datang ke perkasa2u


Perompak rumah Mawi ditembak
July 25, 2009, 8:27 pm
Filed under: Uncategorized | Tags: , , , , , , ,


MAWI di hadapan rumahnya di Felda Taib Andak, Kulai.

KULAIJAYA – Dua daripada sekumpulan empat perompak yang memecah masuk rumah penyanyi popular Mawi di Felda Taib Andak di sini kira-kira pukul 4 pagi semalam ditembak mati oleh polis.

LOKASI dua perompak ditembak mati oleh polis di Ladang Estet Fraser, Kulai semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Ab. Rahman berkata, kedua-dua mereka terbunuh apabila cuba menyerang polis dengan parang di Ladang Estet Fraser, kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian, pada pukul 12 tengah hari.Menurut beliau, kedua-duanya dikenali sebagai Marwa, 30, dari Batam dan Roni Paslah, 29, dari Tanjung Pinang manakala dua lagi masih diburu polis.


“Selepas menerima laporan, polis segera melakukan intipan dan kemudian terserempak dengan dua penjenayah terbabit di susur keluar estet tersebut. Mereka yang menaiki sebuah Proton Waja curi berada dalam keadaan mencurigakan,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.Menurut Jalaluddin, kedua-dua suspek kemudian berpatah balik dan cuba melarikan diri. Mereka juga menyerang anggota polis dengan parang.

teknik memikat wanita

Advertisements


Minyak Wangi Pemikat!! Hampir 500 Tetimoni Real!!!!
July 23, 2009, 7:24 pm
Filed under: Uncategorized | Tags: , , , , ,


Phero-X™
Androstenone Pheromone
The Science Of Attraction

Product By : Morgan Labs LCC
Made In : Russia

Phero-X™ adalah formula yang kompleks dan rumit, anda akan menjana pelbagai kesan aura dan mencuri perhatian manusia.
Kesan keseluruhannya akan membuatkan anda rasa mudah untuk bergaul dan bermesra dan bertemu dengan kenalan.

Yang anda akan benar-benar pasti ialah bau pheromones yang unik membuatkan ramai orang tertanya-tanya
di dalam hati…. “bau apakah ini???” disebabkan kesan pheromones yang bermain dengan minda mereka.

Tidak seperti kebanyakan pewangi, kerana anda tahu, sebaik sahaja menghidu minyak wangi, anda tahu itu minyak wangi….
tetapi pheromones Phero-X™ kalau dihidu, akan membuatkan anda tertanya-tanya… “bau apa ni”… hemm…

Harus di ingat, Phero-X™ bukan lah minyak pengasih yang berunsurkan perkara negatif.

Banyak Orang Tak Faham Fungsi Phero-X Rupanya.
Saya Kongsi Fungsi-fungsi Phero-X dengan anda semua ok…

Disebabkan kandungan Pheromone jenis Androstenone yang tinggi, maka kesan-kesan yang akan diperolehi adalah :-

1. Aura
Aura kelelakian akan menjadi tinggi secara mendadak… Kerana hormon Androstenone ini akan menyebabkan minda bawah sedar pemakai tahu bahawa hormon kelelakiannya ditahap maksima.

2. Orang sekeliling
Orang sekeliling akan tertanya-tanya di dalam hati… Bau apa yang mereka hidu… Diri sendiri pun akan pelik dan tertanya-tanya bau apa… Sedangkan anda memakai Phero-X…

3. Mesra
Kenapa orang yang berada dalam jarak 1 hingga 5 kaki akan lebih mesra setelah mengenali anda dalam 2-5 minit pertama??? Jangan pelik kerana Androstenone mengubah minda bawah sedar orang yang berada disekeliling menjadi lebih peramah dan terbuka…

4. Menstrual/Kesuburan
Hormon Androstenone yang dihidu wanita, akan membuatkan perkitaran haid wanita menjadi teratur. Tahap kesuburan mereka juga akan berada dalam tahap optimum. Ini adalah kesan akibat menghidu Androstenone.

So kepada yang guna Phero-X dan tidak memahami kegunaan Phero-X, mungkin akan keliru…

Phero-X cuma meningkatkan keterampilan anda dengan Aura Hormon Androstenone… (Tidak Lebih Dari Itu)

Pasti akan ada yang bertanya,,, Adakah Phero-X berkesan???
*(Jawapannya) Ia berkesan untuk saya…
Ia juga didapati berkesan untuk kawan-kawan saya…

Jika anda menjual/membeli Phero-X… Saya rasa dah banyak testimoni yang ada… Berlambak-lambak!!!

Jadi kalau ada pelanggan yang tidak appriciate, tidak suka dan tidak hargai Phero-X… (Jangan Hirau,, Ada Moneyback Guarantee)

Produk berkesan… tapi mungkin mereka expect yang lebih tinggi… contoh bila pakai Phero-X… ada makwe akan kejar mereka dan bogel dihadapan mereka…. kah kah kah …. Ini mustahil sebab wanita-wanita Malaysia punyai harga diri yang tinggi!!!

Kerja keraslah skett brother… Berkenalan dulu.. Kenal hati budi… Barulahh tackle…

Sekian dari saya…

Warga-warga penjual/ejen Phero-X yang bekerja keras,,, disamping mencari rezki yang halal… Anda juga telah berhasil menjadikan ramai warga Malaysia berkeyakinan tinggi dengan keterampilan mereka…

Tahniah!!!

Hidup Phero-X…
Cubalah… Anda pasti teruja!!!

Tempah Phero-X™ Online

CARA MEMBUAT TEMPAHAN

Tempahan boleh dibuat melalui:-
Maybank2u.com / Maybank Atm Cash Deposit
CimbClicks / Cimb Atm Cash Deposit

1. Bankin RM49.00 ke Akaun :

Nama : zanuddin bin nawang
Nama Bank : Maybank Berhad
Acc No :155126999034
@
Nama Bank : CIMB Bank
Acc No : 05150000207103

2. Simpan segala bukti transaksi pembayaran anda.
(Simpan sehingga anda menerima barangan anda)

3. Sms / Call : 019-3019978
Berikan butiran lengkap berikut :

Nama anda
Alamat Anda
Bank In
Jumlah Transaksi
Masa transaksi
Tarikh transaksi
Kod Produk : PHR

Contoh :-
najib bin ali<space>No 2, Jalan P/9a, Kawasan Perusahaan Sek 13, 43650 Bandar Baru Bangi Selangor<space>Maybank<space>RM49.00<space>10.00AM <space>240709<space>PHR

atau anda boleh layari website saya

sila layari website ini http://lelakiperkasa.com/phero-x/index.htmsila layari website ini http://lelakiperkasa.com/phero-x/index.htm



Korban nyawa selamatkan ibu


KUALA LUMPUR: Kerana terlalu sayang ibunya, seorang jurujual sanggup berkorban sehingga menyebabkannya maut dihempap tiang lampu apabila sempat bertindak menolak ibunya jatuh dari motosikal yang dinaiki mereka bagi menyelamatkan wanita itu.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa dikenali Mohd Azlie Mohd, 20-an, dikatakan menunggang motosikal bersama ibunya, Jamnah Johari, 45, dari rumah mereka di Salak Selatan, Sungai Besi menghala pusat bandar untuk pergi ke tempat kerja di sebuah pusat beli-belah.

Bagaimanapun, ketika melalui Jalan Loke Yew berhampiran sebuah sekolah menengah, sebatang tiang lampu secara tiba-tiba dikatakan rebah sebelum menghempap motosikal dinaiki anak beranak itu.

Panik dengan keselamatan ibunya, anak kedua daripada tiga beradik berkenaan dikatakan bertindak menolak ibunya jatuh dari motosikal berkenaan.

Dalam keadaan cemas itu, Jamnah yang dikatakan cedera selepas terjatuh dari motosikal akibat tolakan itu, hanya dapat melihat sahaja kejadian berkenaan tanpa berdaya menghulurkan sebarang bantuan.

Difahamkan, tiang lampu berkenaan tidak stabil dan bergoyang kerana ia pernah dilanggar kenderaan, baru-baru ini.

Sementara itu, seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, mangsa bersama ibunya kebetulan lalu di kawasan itu ketika tiang berkenaan tiba-tiba rebah.

“Kejadian berlaku terlalu pantas dan mangsa bertindak pantas menolak ibunya jatuh dari motosikal sebelum tiang berkenaan menghempap dirinya sendiri.

“Kami yang melihat kejadian itu segera menghubungi pihak berkuasa untuk bantuan kecemasan dan membantu mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.



Jacko ada anak berusia 25 tahun?
July 23, 2009, 1:28 pm
Filed under: Uncategorized

Jacko ada anak berusia 25 tahun?


 

GAMBAR menunjukkan Bhatti bersama Jacko di Tunisia pada 1996.

 


   

LOS ANGELES – Seorang lelaki Omer Bhatti akan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan dakwaannya bahawa dia ialah anak kandung Michael Jackson, lapor sebuah akhbar semalam.

Bhatti, seorang warganegara Norway, dipercayai anak pertama Michael selepas ibunya Pia didakwa bermalam dengan Raja Pop itu pada 1984.

Spekulasi Bhatti, 25, merupakan anak keempat penyanyi bergelar Jacko itu tersebar luas selepas dia dilihat duduk di barisan hadapan bersama-sama tiga anaknya pada majlis memperingati penyanyi itu di sini dua minggu lalu.


 

BHATTI (dalam bulatan) duduk paling kiri bersama anggota keluarga Jacko pada majlis memperingati penyanyi itu Pusat Staples, Los Angeles pada 7 Julai lalu.

 


   

Bhatti yang bekerja sebagai penari tinggal beberapa tahun di kediamannya di Neverland Ranch dekat sini bersama-sama tiga anak Jacko.

Pia turut mengapi-apikan spekulasi itu berhubung kenyataannya kepada media di Oslo pada Selasa lepas.

“Jacko diiktiraf sebagai Raja Pop. Namun, bagi kami (dia dan anak lelakinya) Michael lebih daripada itu,” katanya.

Bhatti yang memiliki wajah menyerupai anak bongsu Jacko, Prince Michael II tinggal di Neverland Ranch selepas penyanyi itu membawa dia dan ibunya berpindah dari Oslo pada 1997

 



Belahan baju Rebecca nur islam
July 23, 2009, 6:53 am
Filed under: Uncategorized | Tags: , , ,

 

 

DIVA kadang-kadang seksi juga bila berpakaian. Cuma Diva dapat banyak
respons tentang cara pemakaian seorang pelakon baru, Rebecca Nur Al-Islam.

Pelakon ini memang cantik, begitu juga namanya. Tapi bila Rebecca
mengenakan baju terbelah yang menampakkan belakang badan dan bahagian
rusuknya, ada yang mempertikaikan tindakan itu sangat kontra dengan nama
Nur Al-Islam. Dia juga sering berpakaian seksi sebelum ini.

“Saya malas nak komen sebenarnya sebab rasa perkara ini agak lucu. Saya
menjadi diri saya sendiri dan selesa dengan pemakaian saya,” ujar Rebecca,
23.

Setahu Diva, adik-beradik Rebecca memang mempunyai nama yang unik seperti
Idi Amin, 37, Hafiz Al-Alsad, 36, Yasser Arafat, 33, Muammar Gaddafi, 32,
dan Al-Malik Hussein, 20. Kakaknya yang berusia 25 tahun bernama Farah Nur
Hidayah.

“Bagi saya yang penting adalah saya bahagia dan orang terdekat tahu hati
saya. Saya juga tidak rasa saya seksi. Kebanyakan orang hanya memuji saya
cantik selain seksi,” akui Rebecca.

Rebecca atau manja dipanggil Becca merasakan baju yang dipakainya sewaktu
Parti Selebriti Kosmo! baru-baru ini unik. Baju itu direka Calvin Thoo.

“Selalunya orang hanya terbuka di bawah atau depan. Nampak lurah di depan
atau tayang kaki. Saya mahukan kelainan dan merasakan bukaan di belakang
baju itu lebih cantik dan unik.”



Jessica Simpson ditinggalkan kekasih
July 22, 2009, 7:10 pm
Filed under: Uncategorized | Tags: , ,

Jessica Simpson ditinggalkan kekasih


Jessica Simpson bersama Tony Romo.

LOS ANGELES: Gara-gara terlalu kerap mendesak agar segera mengikat tali pertunangan, penyanyi dan pelakon Jessica Simpson akhirnya ditinggalkan kekasih beliau pemain bola Amerika Tony Romo.

Jessica dilapor menyebabkan Tony naik radang dan bertindak memutuskan perhubungan mereka pada malam sambutan hari jadi yang ke-29 penyanyi itu awal bulan ini.

Sumber yang rapat dengan Jessica memberitahu majalah hiburan Britain, Star, bahawa Tony menganggap dirinya belum bersedia mengahwini Jessica lalu mengambil keputusan mengakhiri hubungan mereka.
“Jessica terlalu berharap hubungan mereka dapat dirasmikan dengan mengikat tali pertunangan, sehingga beliau hanya membicarakan mengenai perkara itu setiap kali bertemu Tony. Dia asyik bercakap mengenai keinginannya untuk membeli dan memakai cincin pertunangan dan berkahwin, walaupun di khalayak ramai,” kata sumber itu yang dipetik majalah berkenaan.

Majalah itu berkata, Jessica menyangka pertunangan mereka dapat dilangsungkan pada sambutan Krismas lalu, tetapi Tony tidak bersedia.’

“Selepas itu Jessica berharap ia dapat disempurnakan pada malam tahun baru tetapi apabila tiada tanda Tony bersedia bertunang dengannya pada sambutan Hari Valentine, hubungan mereka menjadi tegang.

“Pada malam sebelum sambutan hari lahirnya yang ke-29, Tony memberi amaran kepada Jessica bahawa beliau tidak bersedia membeli cincin atau menjalin pertunangan dengannya. Mereka bergaduh besar dan Tony bertindak memutuskan pertunangan,” kata majalah itu lagi.

Sejurus selepas hubungan mereka putus, Jessica kembali ke rumah ibunya Tina Simpson di Los Angeles untuk mendapatkan nasihat dan bertenang.

Tony bagaimanapun dilihat bersuka ria bersama rakannya di beberapa kelab malam di Los Angeles termasuk kelab malam terkenal MyHouse dan Key Club.



Joe salahkan doktor Michael
July 22, 2009, 4:14 am
Filed under: Uncategorized | Tags: ,

MISTERI...sehingga kini belum dipastikan punca sebenar <br>kematian mengejut Michael.
MISTERI…sehingga kini belum dipastikan punca sebenar
kematian mengejut Michael.

 

LOS ANGELES: Bapa Michael Jackson, Joe, berkata dia yakin doktor peribadi yang menjaga hal ehwal kesihatan anaknya mungkin terbabit dalam kematian Raja Pop itu.

Muncul dalam rancangan Larry King Live malam kelmarin, Joe berkata, dia sukar mempercayai bahawa Michael kini sudah tiada.

“Doktor peribadi memberi Michael sesuatu supaya dia boleh berehat, tetapi kemudian dia langsung tidak sedarkan diri selepas itu.

“Ada sesuatu yang tak kena di situ,” katanya.

 

 
 

Kenyataan Joe dibuat secara langsung merujuk kepada Dr Conrad Murray yang menjadi doktor peribadi Michael.

 

Cubaan mengesan Dr Murray gagal, manakala pesanan melalui peguamnya, Edward Chernoff, tidak mendapat reaksi setakat ini.

Keluarga Michael masih menunggu laporan toksikologi daripada koroner bagi mengesahkan punca kematian penyanyi berusia 50 tahun itu.

Laporan berkenaan dijangka dikeluarkan minggu depan.

Sumber yang boleh dipercayai berkata, penyiasat mendapatkan waran geledah dan merampas beberapa botol ubat pelali berkeupayaan tinggi dari rumah Michael.

Joe berkata, selepas Michael disahkan mati pada 25 Jun lalu, pelbagai pihak gagal mengesan Dr Murray.

“Doktor ini melarikan diri dan pihak berkuasa hanya menemuinya tiga hari kemudian.

“Pada tanggapan saya, ada unsur khianat di situ,” katanya.

Polis menyoal siasat Dr Murray dua hari selepas Michael mati.

Walaupun pihak berkuasa tidak menganggap dia sebagai suspek, ahli kardiologi itu adalah individu utama dalam siasatan polis kerana berada di kediaman Michael ketika Raja Pop itu menghembuskan nafas terakhirnya.

Dr Murray juga dilaporkan cuba menyelamatkan Michael sejurus dia tidak sedarkan diri apabila jantungnya berhenti berfungsi.

Kereta Dr Murray juga disita kerana polis percaya ia mengandungi ubat atau bukti lain.

Sementara itu, Joe berkata, dia tidak tahu di mana mayat Michael disimpan.

“Saya juga tidak melihat laporan autopsi kedua yang dibuat atas permintaan keluarga,” katanya.