selamat datang ke perkasa2u


Tevez sertai revolusi City

Carlos Tevez diumumkan sebagai pemain Manchester City setelah bersetuju menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab Eastlands itu.

Pengurus Manchester City, Mark Hughes berkata pembelian pemain itu menunjukkan cita-cita dan komitmen pemiliknya.

“Perpindahan ini menunjukkan komitmen pemilik, Sheikh Mansour dalam menjadikan kelab ini antara kelab terbaik di dunia.

“Carlos adalah seorang pemain antarabangsa yang antara terbaik dunia dan memiliki ciri-ciri yang boleh membantu menjadi kelab ini antara pasukan terhebat dunia.

“Dia bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi tetapi juga mampu menjaringkan gol yang banyak buat kami dan bekerjasama sepenuhnya dengan pemain yang lain serta menambah dimensi pada jentera serangan kami,” kata Hughes.

Sementara itu beberapa nama pemain lain seperti John Terry dan Emmanuel Adebayor terus dikaitkan dengan perpindahan dari Chelsea dan Arsenal masing-masing sehingga kedua pemain tersebut mengesahkan atau menolak khabar angin berkenaan.

Adebayor menjadi pemain terbaru dikaitkan dengan perpindahan ke City setelah kelab itu mengambil keputusan untuk tidak meneruskan bidaan untuk mendapatkan penyerang Barcelona, Samuel Eto’o.

Masa depan pemain Arsenal itu terus menimbulkan tanda tanya sejak beberapa musim lalu kerana kelab tersebut tidak membuat sebarang pengumuman mengenai masa depanya tetapi Arsenal bakal menghadapi masalah pada saingan Liga Juara-juara Eropah (CL) jika Adebayor itu meninggalkan The Emirates.

www.lelakiperkasa.com




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.